Terma dan Syarat Perkhidmatan Samsung
Tarikh Dikeluarkan: 30 September 2021
SELAMAT DATANG
Selamat datang! Terima kasih atas minat anda terhadap perkhidmatan kami.
Kami, Samsung Electronics Co., Ltd. (“kami” “milik kami” atau “Samsung”), bersama dengan sekutu kami, menyediakan pelbagai ciri, aplikasi, dan perkhidmatan yang anda boleh nikmati dengan peranti mudah alih, TV, dan produk kami yang lain, yang disenaraikan
di sini (“Perkhidmatan”) dan Terma dan Syarat ini (“Terma”) akan merangkumi penggunaan anda bagi Perkhidmatan tersebut.
MENERIMA TERMA KAMI
Dengan mewujudkan akaun atau menggunakan Perkhidmatan kami, anda mengesahkan bahawa anda menerima Terma ini. Anda juga mengesahkan bahawa:
- 1. Anda telah mencapai umur 18 tahun; atau
- 2. Anda berumur 13 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 18 tahun (“Anak Bawah Umur”), bahawa anda telah menyemak Terma ini bersama-sama ibu bapa atau penjaga sah anda, dan anda serta ibu bapa atau penjaga anda memahami dan bersetuju kepada terma dan syarat Terma ini. Sekiranya anda seorang ibu bapa atau penjaga sah yang membenarkan seorang Anak Bawah Umur untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut; anda bersetuju untuk: (i) menyelia penggunaan Perkhidmatan oleh Anak Bawah Umur itu; (ii) menanggung segala risiko yang dikaitkan dengan penggunaan Perkhidmatan oleh Anak Bawah Umur itu; (iii) menanggung sebarang liabiliti akibat daripada penggunaan Perkhidmatan oleh Anak Bawah Umur itu; (iv) memastikan ketepatan dan kebenaran semua maklumat yang diserahkan oleh anda atau Anak Bawah Umur itu; dan (v) menanggung tanggungjawab dan terikat oleh Terma ini untuk akses dan penggunaan Perkhidmatan oleh Anak Bawah Umur itu.
- 3. Anda mungkin dihalang daripada mencipta akaun atau menggunakan Perkhidmatan kami disebabkan oleh dasar kebolehcapaian kanak-kanak kami mengikut undang-undang dan peraturan yang diguna pakai dalam bidang kuasa anda.
Kadangkala kami mungkin perlu meminda Terma-terma ini, contohnya, untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang atau perubahan pada Perkhidmatan tersebut. Kami akan memaklumkan kepada anda tentang sebarang perubahan dengan memuat naik kemas kini Terma di
laman web kami. Kami akan menghantar pemberitahuan ke alamat e-mel yang dipaut dengan Samsung Account anda sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Terma yang dikemas kini dikuat kuasakan, kecuali untuk perubahan yang menangani Perkhidmatan baharu atau pindaan yang diperlukan secara sah yang akan berkuat kuasa dengan serta-merta. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan tersebut, anda boleh berhenti menggunakan Perkhidmatan kami dan memadamkan Samsung Account anda. Dengan meneruskan penggunaan Perkhidmatan kami selepas penguatkuasaan Terma yang dikemas kini, anda mengesahkan bahawa anda memahami dan menerima Terma yang dikemas kini tersebut.
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI
LESEN | Kami memberi anda lesen terhad, tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik, dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Anda hanya boleh menggunakan Perkhidmatan kami untuk tujuan peribadi, bukan komersial, menurut Terma ini dan arahan yang kami sediakan dalam Perkhidmatan kami. Semua rujukan kepada Perkhidmatan kami termasuk semua kandungan dan mana-mana bahan lain yang digunakan untuk melaksanakan dan menyediakan akses kepada Perkhidmatan kami, termasuk kemas kini, naik taraf, penambahbaikan, pengubahsuaian, semakan semula, atau penambahan kepada Perkhidmatan kami yang kami sediakan untuk anda. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Perkhidmatan kami dimiliki oleh kami dan rakan kongsi kami dan dilindungi di bawah hak cipta, tanda dagangan, rahsia perdagangan, paten dan lain-lain undang-undang dan perjanjian harta intelektual lain yang terpakai. Terma-terma ini tidak memberi anda sebarang kepentingan pemilikan dalam atau kepada Perkhidmatan kami, hanya hak terhad untuk penggunaan yang boleh dibatalkan mengikut Terma-terma ini. Ketersediaan dan ciri-ciri Perkhidmatan kami mungkin berbeza bergantung kepada tempat tinggal anda, peranti yang anda gunakan atau perisian atau versi sistem operasi yang anda ada.
GARIS PANDUAN PENGGUNA | Kami berusaha dengan gigih untuk melindungi keselamatan semua pengguna Perkhidmatan kami. Kami juga berusaha untuk menjadikan Perkhidmatan kami tersedia tanpa gangguan. Untuk membantu kami memenuhi matlamat ini, anda bersetuju bahawa:
- 1. Anda tidak akan melakukan kejuruteraan balikan, menyahhimpun, meleraikan, atau membuat sebarang percubaan untuk mencari kod sumber atau algoritma Perkhidmatan kami.
- 2. Anda tidak akan mengubah suai atau menyahaktifkan sebarang ciri Perkhidmatan kami.
- 3. Anda tidak akan mewujudkan sebarang kerja derivatif berdasarkan Perkhidmatan kami.
- 4. Anda tidak akan menyewakan, memajak, meminjamkan, memberi sublesen atau menyediakan sebarang perkhidmatan pengehosan komersial menggunakan Perkhidmatan kami.
- 5. Anda tidak akan melanggar hak-hak harta intelektual kami atau hak-hak orang lain semasa menggunakan Perkhidmatan kami.
- 6. Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan kami dalam apa-apa cara yang melanggar Terma ini atau mana-mana undang-undang, peraturan, pengawalseliaan, kod amalan, garis panduan, atau mana-mana keperluan lain pihak berkuasa kawal selia, seperti yang dipinda dari semasa ke semasa, dalam bidang kuasa di mana anda merupakan seorang pemastautin atau dari mana anda menggunakan Perkhidmatan (“Undang-undang yang Berkuat Kuasa”).
- 7. Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan kami dalam apa-apa cara penipuan atau berniat jahat, contohnya, untuk memperkenalkan virus, kod hasad atau data yang berbahaya.
- 8. Anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan kami dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, menyahaktifkan, membebankan, mencacatkan, atau mengkompromikan sistem atau keselamatan kami atau mengganggu pengguna lain.
- 9. Anda tidak akan mengumpul atau mendapatkan apa-apa maklumat atau data dari Perkhidmatan atau sistem kami atau cuba untuk mentafsirkan sebarang penghantaran ke atau dari pelayan yang menjalankan Perkhidmatan kami, kecuali setakat yang dibenarkan oleh Undang-undang Terpakai.
INTERNET | Perkhidmatan kami memerlukan akses Internet untuk menyediakan sesetengah ciri kepada anda. Anda mengakui bahawa akses kepada Internet mungkin menyebabkan caj bergantung kepada pelan pembayaran anda, dan kami tidak bertanggungjawab untuk ketersediaan atau kelajuan Internet.
KEMAS KINI | Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan Perkhidmatan kami lebih baik. Untuk berkongsi penambahbaikan dan ciri-ciri baharu dengan anda, kami mungkin menyediakan kemas kini atau naik taraf kepada Perkhidmatan kami. Kemas kini dan naik taraf ini dirancang untuk meningkatkan, menambah baik dan terus membangunkan Perkhidmatan kami, dan ia mungkin termasuk pembetulan pepijat, tampalan, ciri-ciri penambahbaikan, plug-masuk dan versi-versi baharu. Kemas kini penting seperti pembetulan pepijat kritikal atau kemas kini keselamatan boleh dimuat turun dan dipasang secara automatik tanpa kebenaran anda untuk melindungi anda serta pengguna lain. Bagi kemas kini tidak penting lain, anda akan diberitahu lebih awal dan boleh memilih sama ada untuk memuat turun atau mengaktifkan kemas kini.
PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA | Kami bekerjasama dengan rangkaian rakan kongsi global untuk menyediakan kandungan berguna kepada anda dalam Perkhidmatan kami. Ini termasuk maklumat, pautan, iklan, atau kandungan lain yang disediakan oleh pihak ketiga (“Perkhidmatan Pihak Ketiga”). Kami tidak akan bertanggungjawab dan tidak ada kawalan ke atas mana-mana Perkhidmatan Pihak Ketiga dan kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh Perkhidmatan Pihak Ketiga.
PENGIKLANAN | Kami menyediakan kebanyakan daripada ciri-ciri Perkhidmatan kami secara percuma. Untuk mengekalkan ciri-ciri percuma ini, kami akan menunjukkan kepada anda iklan atau promosi yang disediakan oleh kami atau pihak ketiga semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami.
SAMSUNG ACCOUNT
Anda mungkin perlu mewujudkan satu akaun untuk menggunakan beberapa Perkhidmatan kami (“Samsung Account”). Dengan mencipta Samsung Account, anda bersetuju bahawa:
- 1. Anda akan menyediakan maklumat tepat dan lengkap semasa anda mencipta akaun anda.
- 2. Anda akan mengemas kini akaun anda sekiranya mana-mana maklumat anda bertukar.
- 3. Anda akan menjaga kata laluan anda dengan selamat dan tidak akan berkongsinya dengan sesiapa.
- 4. Anda akan segera menghubungi kami sekiranya anda mengesyaki ada orang lain menggunakan akaun anda.
Anda boleh memadam Samsung Account anda pada bila-bila masa di
laman webkami.
KANDUNGAN PENGGUNA
Sesetengah Perkhidmatan kami membolehkan anda berkongsi perkara seperti ulasan, foto, mesej atau dokumen dengan kami atau dengan pengguna lain. Apabila anda berkongsi kandungan, anda kekal memiliki hak harta intelektual kepada kandungan anda dan anda bebas untuk berkongsi kandungan dengan sesiapa dan sebagaimana yang anda inginkan. Bagaimanapun, untuk menggunakan kandungan anda dalam Perkhidmatan kami, anda perlu memberikan kepada kami lesen untuk mana-mana kandungan yang anda cipta atau muat naik menggunakan Perkhidmatan kami. Apabila anda memuat naik, memindah, mewujudkan, menyiarkan, memaparkan, atau sebaliknya menyediakan sebarang maklumat, bahan, dokumen, fail media, atau kandungan lain pada atau melalui Perkhidmatan kami (“Kandungan Pengguna”), anda memberi kami lesen yang tidak boleh dibatalkan, tanpa had, seluruh dunia, tanpa royalti, dan tidak eksklusif untuk menyalin, menghasilkan semula, mengadaptasi, mengubah suai, menyunting, mengedar, menterjemah, menerbitkan, mempersembahkan, dan memaparkan secara umum seperti Kandungan Pengguna (“Lesen Kandungan Pengguna”) untuk menyediakan Perkhidmatan kami kepada anda dan pengguna lain. Kami berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kandungan Pengguna selamat, tetapi kami tidak bertanggungjawab jika mana-mana Kandungan Pengguna anda atau data lain hilang. Anda perlu menyimpan salinan setempat atau membuat sandaran bagi kandungan dan data lain sebagai persediaan jika berlaku masalah.
ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA KE ATAS KANDUNGAN PENGGUNA YANG ANDA BERIKAN DAN KE ATAS SEBARANG AKIBAT YANG TIMBUL BERHUBUNG DENGAN KANDUNGAN PENGGUNA TERSEBUT (TERMASUK SEBARANG KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG DIALAMI ATAU DITANGGUNG OLEH KAMI ATAU PENGGUNA LAIN). ANDA MEWAKILI DAN MENJAMIN BAHAWA (I) ANDA IALAH PEMILIK KESEMUA HAK YANG BERKAITAN DENGAN KANDUNGAN PENGGUNA ATAU SEBALIKNYA BERKUASA UNTUK MEMBERI KAMI LESEN KANDUNGAN PENGGUNA; (II) KANDUNGAN PENGGUNA TIDAK AKAN MELANGGAR MANA-MANA HAK HARTA INTELEKTUAL ATAU HAK PIHAK KETIGA LAIN; (III) KANDUNGAN PENGGUNA AKAN MEMATUHI DAN MENYESUAIKAN KEPADA SEBARANG PERATURAN DAN KEPERLUAN KLASIFIKASI UMUR (TERMASUK KLASIFIKASI DAN PENARAFAN TEPAT DAN SESUAI BAGI KANDUNGAN PENGGUNA, SEPERTI MANA YANG DIPERLUKAN) DI BAWAH UNDANG-UNDANG TERPAKAI.
PERUBAHAN / PENAMATAN
PERUBAHAN | Kami boleh, pada bila-bila masa:
- 1. Mengubah, menambah, menghentikan atau mengalih keluar ciri-ciri dari Perkhidmatan kami.
- 2. Menggantung atau menamatkan hak anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk akses kepada akaun atau data anda.
- 3. Prasaring, menyemak, menandakan, menapis, mengubah suai, menafikan, menolak, menyekat akses kepada, atau mengalih keluar mana-mana atau semua kandungan daripada Perkhidmatan kami.
PENAMATAN TERMA INI | OLEH ANDA | Anda boleh menamatkan Terma-terma ini pada bila-bila masa dengan menghapuskan Samsung Account anda dan menghentikan penggunaan anda bagi Perkhidmatan kami.
PENAMATAN TERMA INI | OLEH SAMSUNG | Kami boleh menggantung atau memadamkan Samsung Account anda atau berhenti menyediakan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami kepada anda pada bila-bila masa, jika:
- 1. Kami mengesyaki dengan munasabah bahawa anda telah melanggar Terma-terma ini atau arahan yang kami berikan dalam Perkhidmatan kami.
- 2. Anda telah menunjukkan dengan jelas (sama ada secara langsung atau melalui tindakan anda, pernyataan, atau sebaliknya) bahawa anda tidak berniat untuk mematuhi Terma-terma ini.
- 3. Kami memutuskan untuk menamatkan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami (sama ada di seluruh dunia atau di negara tempat anda tinggal atau dari tempat anda menggunakan Perkhidmatan kami).
- 4. Kami dikehendaki oleh Undang-undang yang Berkuat Kuasa untuk menamatkan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami (contohnya, jika ia disebabkan oleh perubahan dalam Undang-undang yang Berkuat Kuasa atau disebabkan oleh keputusan atau penghakiman mahkamah yang menjadikan Perkhidmatan atau sebahagian daripadanya menjadi atau dianggap melanggar undang-undang).
Jika kami menggantung atau memadamkan Samsung Account anda, kami akan memberitahu anda dengan menggunakan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun anda atau lain kali anda cuba mengakses akaun anda atau Perkhidmatan kami, bergantung kepada keadaan. Dalam semua kes sedemikian, Terma-terma ini akan tamat, termasuk, tanpa batasan, lesen anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Ini bermakna anda akan perlu berhenti menggunakan semua Perkhidmatan kami. Penamatan Terma ini tidak akan menjejaskan sebarang hak, kewajipan dan liabiliti yang telah anda atau kami terakru atau ditanggung sepanjang tempoh Terma ini.
NOTIS | Kami akan memberi anda notis yang munasabah bagi sebarang perubahan, penggantungan, atau penamatan Perkhidmatan kami, melainkan ia diperlukan dengan segera, dalam hal ini kami akan memaklumkan anda pada waktu yang sama mengenai perubahan, penggantungan, atau penamatan. Setakat maksimum yang dibenarkan oleh Undang-undang Terpakai, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga sekiranya kami melaksanakan hak-hak tersebut.
LIABILITI
PENGEHADAN LIABILITI | Setakat maksimum yang dibenarkan oleh Undang-undang yang Berkuat Kuasa, kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian, ganti rugi, atau tanggungjawab (i) di mana kerugian itu adalah tidak langsung, sampingan, khas, lanjutan atau merangkumi kerosakan teladan atau punitif atau (ii) atas sebarang kerugian keuntungan, kehilangan perniagaan, kehilangan peluang, kehilangan data, atau (iii) di mana kerugian tersebut berkaitan dengan masalah ralat, pengabaian, sambungan atau penyambungan, atau bagi caj rangkaian. (Sila maklum bahawa ia tidak mungkin mengecualikan tanggungjawab untuk ganti rugi tidak langsung dll. di negara anda, dalam hal ini peruntukan ini tidak akan diguna pakai untuk anda.)
1.1 Tiada apa-apa dalam Terma ini yang mengecualikan atau mengehadkan tanggungjawab kami untuk (i) kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan oleh kecuaian kami, (ii) penipuan atau penyalahgunaan maklumat palsu, (iii) sebarang perkara lain yang mana adalah menyalahi undang-undang bagi kami untuk mengecualikan atau berusaha untuk mengecualikan tanggungjawab kami.
INDEMNIFIKASI | Jika, atas persetujuan jelas kami, anda menggunakan Perkhidmatan kami sebagai sebahagian daripada perniagaan, perdagangan atau pekerjaan anda, anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahankan dan tidak menyalahkan kami, pemberi lesen kami, ejen kami dan semua pegawai, pengarah dan pekerja kami daripada sebarang dan semua tuntutan, tindakan, kerugian, ganti rugi, liabiliti, penghakiman, ganjaran, kos, dan perbelanjaan pihak ketiga (termasuk yuran peguam yang berpatutan) yang timbul daripada: (i) penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda atau penggunaan oleh mana-mana orang yang anda benarkan untuk menggunakan Perkhidmatan kami yang tidak mengikut Terma-terma ini, (ii) apa-apa pelanggaran Perjanjian ini oleh anda atau oleh mana-mana orang yang anda benarkan untuk menggunakan Perkhidmatan kami, atau (iii) sebarang pelanggaran mana-mana undang-undang atau peraturan atau hak mana-mana pihak ketiga oleh anda atau oleh mana-mana orang yang anda benarkan untuk menggunakan Perkhidmatan kami.
AM
DASAR HAK CIPTA | Kami menghormati hak harta intelek pihak lain. Kami boleh menggantung atau menghapuskan akaun atau berhenti daripada memberikan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan kami kepada suatu akaun sekiranya kami dengan secara munasabah percaya bahawa akaun tersebut telah melanggar hak harta intelek berulang kali.
UNDANG-UNDANG MENTADBIR / PELERAIAN PERTIKAIAN | Terma-terma ini dan hubungan anda dengan kami di bawah Terma-terma ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang bidang kuasa di mana anda bermastautin tanpa mengira sama ada ia bercanggah dengan peruntukan undang-undang. Terma ini ditadbir oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa, penggunaan dengan ini dikecualikan secara nyata. Jika anda menggunakan Perkhidmatan untuk kegunaan peribadi, maka sebarang perkara berkaitan dengan undang-undang yang timbul berhubung dengan Terma-terma ini yang tidak diselesaikan dengan baik, akan tertakluk kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah bidang kuasa di mana anda bermastautin. Sebagai alternatif, anda berhak beralih kepada entiti peleraian pertikaian alternatif untuk peleraian pertikaian, seperti Platform Peleraian Pertikaian Dalam Talian (ODR) (tersedia di http://ec.europa.eu/odr) atau kepada panel peleraian pertikaian tempatan yang beroperasi di bidang kuasa anda.
Jika, atas persetujuan kami yang jelas, anda menggunakan Perkhidmatan kami sebagai sebahagian daripada perniagaan, perdagangan atau pekerjaan anda, maka mana-mana perkara yang berkaitan dengan undang-undang yang timbul berkaitan dengan Terma-terma ini akan tertakluk kepada prosiding timbang tara dalam Bahasa Inggeris di bawah peraturan timbang tara Dewan Perniagaan Antarabangsa di lokasi responden. Meskipun terdapat perkara yang disebut di atas, kami boleh menggunakan remedi injunksi (atau jenis bantuan perundangan segera yang setara) dalam mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten.
SELURUH PERJANJIAN / KEBOLEHASINGAN | Terma-terma ini, Dasar Privasi kami, sebarang terma tambahan yang mengiringi Perkhidmatan kami, sebarang pindaan, dan sebarang perjanjian tambahan yang anda mungkin memasuki bersama dengan kami akan membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan kami berkenaan dengan Perkhidmatan kami, dan menggantikan semua komunikasi lisan atau bertulis sebelum atau semasa, cadangan, dan perwakilan berkenaan dengan Perkhidmatan kami atau mana-mana perkara yang dirangkumi oleh Terma-terma ini. Jika mana-mana peruntukan Terma ini dianggap tidak sah, menyalahi undang-undang, atau tidak boleh dikuatkuasakan (secara keseluruhan atau sebahagiannya), maka peruntukan tersebut akan dihadkan atau dihapuskan setakat yang minimum, dan peruntukan Terma yang selebihnya akan tetap berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya. Anda mungkin tertakluk kepada terma dan syarat tambahan yang mentadbir penggunaan perkhidmatan pihak ketiga anda, kandungan atau perisian mereka.
TIADA PENEPIAN | Jika kami tidak melaksanakan atau menguatkuasakan sebarang hak atau remedi undang-undang yang dinyatakan dalam Terma-terma ini atau yang mana kami mendapat manfaat di bawah mana-mana Undang-undang yang Berkuat Kuasa, ini tidak akan ditafsirkan sebagai penepian rasmi hak atau remedi kami, dan hak atau remedi tersebut akan kekal tersedia kepada kami.
PERLINDUNGAN HAK DAN MAKLUM BALAS | Tiada apa-apa dalam Terma-terma ini memberi anda hak untuk menggunakan nama Samsung atau mana-mana tanda dagangan Samsung, logo, nama domain, dan ciri jenama tersendiri yang lain. Semua hak, hak milik, dan kepentingan dalam dan kepada Perkhidmatan kami (tidak termasuk kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga) adalah, dan akan kekal sebagai harta eksklusif Samsung dan pemberi lesennya. Jika anda memilih untuk membuat apa-apa ulasan, idea, maklum balas, atau cadangan tersedia, kami akan bebas menggunakan ulasan, idea, maklum balas, atau cadangan tersebut seperti yang kami anggap sesuai dan tanpa apa-apa tanggungjawab kepada anda.
UNDANG-UNDANG EKSPORT | Anda mengakui dan bersetuju untuk mematuhi sebarang dan semua Undang-undang yang Berkuat Kuasa dalam penggunaan Perkhidmatan kami termasuk, tanpa pengehadan, semua undang-undang dan peraturan sekatan eksport yang berkuat kuasa.
KEUPAYAAN BERTAHAN | Sebarang peruntukan dalam Terma-terma ini yang mengikut sifatnya hendaklah terus berkuat kuasa termasuk tanpa pengehadan, Seksyen yang berikut: Pemilikan, Penafian Waranti, Pengehadan Liabiliti, Ganti Rugi, dan Am, akan terus wujud dalam tempoh tamat atau penamatan Terma ini dan kekal sah dan terikat.
KOMUNIKASI ELEKTRONIK | Anda bersetuju untuk menerima semua perjanjian, notis, pendedahan, dan komunikasi lain secara elektronik termasuk melalui e-mel, pemberitahuan dorongan, pop timbul, atau teks.
TERMA KHAS PERKHIDMATAN
Terma-terma ini secara amnya diguna pakai kepada semua
Perkhidmatan kami, manakala terma dalam Bahagian ini ("Terma Khas") hanya diguna pakai kepada Perkhidmatan yang ditentukan. Jika terdapat sebarang konflik antara Terma-terma Khas ini dan keseluruhan Terma-terma ini, Terma Khas akan diguna pakai. Kami mungkin menyediakan terma, dasar, dan garis panduan berasingan dalam setiap Perkhidmatan.
Samsung Cloud | Jika anda tidak menggunakan Samsung Cloud selama lebih daripada dua belas (12) bulan, kami berhak untuk padam semua kandungan yang anda simpan pada Samsung Cloud. Walaupun sekiranya anda menggunakan Samsung Cloud, jika anda tidak menggunakan kandungan dalam kategori khusus Samsung Cloud (cth., kenalan, kalendar, foto, video, papan kekunci data) selama lebih daripada dua belas (12) bulan, kami berhak untuk menghapuskan kategori masing-masing dan kandungannya. Kami akan memberi anda notis terlebih dahulu selama tiga puluh (30) hari sebelum sebarang pemadaman sedemikian terhadap kandungan anda. Bagi tujuan peruntukan ini, “guna” atau “digunakan” bermaksud mengakses, memuat naik ke, atau memuat turun kandungan daripada Samsung Cloud. Sila ambil perhatian bahawa peruntukan ini tidak berkaitan dengan anda semasa anda masih melanggan pilihan berbayar Samsung Cloud. Jika anda tidak menyandarkan sebarang kandungan daripada peranti anda kepada Samsung Cloud selama lebih daripada dua belas (12) bulan, kami berhak untuk menghapuskan apa-apa kandungan yang disandarkan daripada peranti tersebut kepada Samsung Cloud (cth., SMS, MMS, data pakej pemasangan aplikasi, tetapan aplikasi, fail muzik, dokumen, rakaman suara, tetapan peranti). Kami akan memberi anda tarikh tamat tempoh sandaran dalam aplikasi Samsung Cloud bermula dari tempoh tiga puluh (30) hari sebelum sebarang pemadaman kandungan anda. Anda bertanggungjawab untuk menyandarkan kandungan anda ke peranti storan atau media, anda sendiri kerana kami tidak menjamin bahawa anda akan dapat memperoleh kembali kandungan yang anda simpan atau sandarkan melalui Samsung Cloud. Anda mengakui dan bersetuju bahawa, Samsung tidak berkewajipan atau bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan yang berlaku kerana anda tidak mengambil tindakan untuk membuat sandaran atau menyimpan kandungan anda secara berasingan.
Samsung Health | TUJUAN SAMSUNG HEALTH ADALAH UNTUK KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN SAHAJA, DAN BUKAN UNTUK MENDIAGNOSIS PENYAKIT ATAU KEADAAN LAIN ATAU MENGUBATI, MENGURANGKAN, MERAWAT, ATAU MENCEGAH PENYAKIT. SAMSUNG HEALTH TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM PENGESANAN, DIAGNOSIS, PEMANTAUAN, PENGURUSAN, ATAU RAWATAN SEBARANG KEADAAN, PENYAKIT ATAU PROSES FISIOLOGI PENTING ATAU UNTUK PENGHANTARAN MAKLUMAT KESIHATAN YANG PEKA KEPADA MASA. SEBARANG MAKLUMAT YANG DITEMUI, DIPEROLEH, ATAU DIAKSES MELALUI SAMSUNG HEALTH HANYA DISEDIAKAN UNTUK KEMUDAHAN ANDA DAN TIDAK HARUS DIANGGAP SEBAGAI NASIHAT PERUBATAN. ANDA HENDAKLAH MENDAPATKAN NASIHAT PERUBATAN DARIPADA DOKTOR SEBELUM MEMULAKAN REGIMEN KECERGASAN ATAU GAYA HIDUP BAHARU. ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA SEBARANG MAKLUMAT YANG ANDA DAPATKAN DARI SAMSUNG HEALTH MUNGKIN TIDAK SESUAI, TEPAT, LENGKAP, ATAU BOLEH DIPERCAYAI DAN BAHAWA SAMSUNG, KECUALI ATAU SEBALIKNYA DIPERUNTUKKAN DALAM TERMA INI, TIDAK AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN BAGI SEBARANG KECEDERAAN, GANTI RUGI, KERUGIAN, DAN/ATAU KOS YANG BERKAITAN DENGAN SAMSUNG HEALTH, ATAUPUN UNTUK KETEPATAN ATAU KEBOLEHBERGANTUNGAN SEBARANG MAKLUMAT YANG DITEMUI, DIPEROLEH, ATAU DIAKSES MENERUSI SAMSUNG HEALTH. ANDA MENGESAHKAN DAN BERSETUJU BAHAWA SAMSUNG TIDAK TERLIBAT DENGAN AMALAN PERUBATAN, DAN SAMSUNG TIDAK MENENTUKAN PENGGUNAAN PERUBATAN YANG SESUAI BAGI SAMSUNG HEALTH. SAMSUNG HEALTH TIDAK MENJANA SEBARANG MANFAAT INDIVIDU UNTUK PESAKIT.
Samsung Pass | ANDA BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA TERHADAP SEBARANG GANTI RUGI ATAU KERUGIAN JIKA ANDA MEMBENARKAN SESIAPA YANG BUKAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN ATAU MENGENDALIKAN PERANTI ANDA, SAMSUNG PASS ANDA ATAU SAMSUNG ACCOUNT ANDA. IA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA UNTUK MENGEKALKAN KESELAMATAN PERANTI ANDA. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KERUGIAN ATAU GANTI RUGI YANG DIALAMI OLEH ANDA DISEBABKAN KEHILANGAN, KECURIAN, ATAU KEROSAKAN PERANTI. ANDA BOLEH MENDAFTARKAN MAKLUMAT BIOMETRIK UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI ANDA APABILA ANDA MENGGUNAKAN SAMSUNG PASS. INI MEMBANTU MENCEGAH ORANG LAIN DARIPADA MENGGUNAKAN SAMSUNG PASS JIKA ANDA KEHILANGAN PERANTI ANDA. ANDA BERSETUJU UNTUK MEMBERITAHU KAMI DENGAN SEGERA JIKA AKAUN ANDA DIKETAHUI OLEH ORANG LAIN ATAU DIKOMPROMIKAN.
Samsung SmartThings | SESETENGAH PRODUK TERTENTU DAN/ATAU PRODUK PIHAK KETIGA MUNGKIN TIDAK BERFUNGSI ATAU MUNGKIN BERHENTI BERFUNGSI DENGAN SMARTTHINGS WALAUPUN MENYOKONG STANDARD YANG SAMA. KAMI TIDAK MENYEDIAKAN SEBARANG JAMINAN ATAU WARANTI BAGI KESERASIAN PRODUK UNTUK PIHAK KETIGA, WALAUPUN PRODUK TERSEBUT BOLEH DIAKSES MELALUI SMARTTHINGS. SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA JIKA ANDA MENAMBAH AHLI, AHLI TERSEBUT AKAN MEMPUNYAI AKSES DAN KAWALAN PENUH TERHADAP MANA-MANA DAN SEMUA PRODUK ANDA YANG TERSAMBUNG.
Samsung Digital Key | Anda bertanggungjawab untuk memastikan Digital Key anda dilindungi. Sesiapa yang mempunyai akses kepada peranti anda atau Samsung Account boleh menggunakan Digital Key anda dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan. Oleh itu, pastikan anda tidak berkongsi peranti anda atau Samsung Account dengan orang lain. Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan Digital Key orang lain tanpa kebenaran mereka. Berhati-hati untuk tidak kehilangan Digital Key anda atau membiarkannya dicuri atau rosak. Samsung tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh anda atau orang lain menggunakan Digital Key anda, sama ada anda berikan atau tidak kebenaran kepada mereka.
Samsung Internet | PRODUK INI BERLESEN DI BAWAH LESEN PORTFOLIO PATEN AVC UNTUK PENGGUNAAN PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL BAGI SEORANG PENGGUNA UNTUK (i) MENGEKOD SUATU VIDEO DALAM PEMATUHAN DENGAN STANDARD AVC (“VIDEO AVC”) DAN/ATAU (ii) MENYAHKOD SUATU VIDEO AVC YANG DIKODKAN OLEH SEORANG PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU YANG DIPEROLEH DARIPADA RAKAN VIDEO BERLESEN UNTUK MENYEDIAKAN VIDEO AVC TERSEBUT. TIADA LESEN DIBERIKAN ATAU AKAN DIBERIKAN SECARA TERSIRAT UNTUK APA-APA PENGGUNAAN LAIN. MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIPEROLEH DARIPADA MPEG LA, L.L.C. LIHAT
HTTP://WWW.MPEGLA.COM.
Terma-terma Tambahan | Terma-terma tambahan, dasar-dasar, atau garis panduan akan diguna pakai untuk Perkhidmatan berikut:
- • Galaxy Store
- • Samsung Pay
- • Samsung Rewards
- • Samsung Care+
Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Perkhidmatan kami,
hubungi kami.